AKTIVITI-AKTIVITI MADRSAH ASMAUL HUSNA , DESA HARMONI :

1. TADARUS AL-QURAN - SELEPAS SOLAT MAGHRIB & SUBUH

2. SETIAP KHAMIS SELEPAS MAGHRIB - YASSIN & TAHLIL

3. SETIAP JUMAAT SELEPAS MAGHRIB - RATIB AL-ATAS DAN ZIKIR ASMAUL HUSNA

4. SETIAP KHAMIS MINGGU KE-5 ,KELUARGA SAKINAH .



Wednesday, March 10, 2010

SATU PERINGATAN DALAM MENGATUR APA JUA LANGKAH KITA

" Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : ALlah berfirman,' Jika hamba-ku berniat melakukan keburukan , jangan kalian ( para malaikat ) catat kesalahannya hingga ia melakukannya. Jika ia telah melakukannya , tulislah dengan semisalnya. Jika ia meninggalkannya kerana-Ku , tulislah untuknya satu kebaikan. Jika ia berniat melakukan kebaikan dan belum melakukannya, tulislah untuknya satu kebaikan. Jika telah melakukannya, tulislah untuknya ( ganjaran ) sepuluh kali ganda hingga 700 kali ganda." ( Riwayat al-Bukhari & Muslim )